Friday, 28 October 2016

boleh lagi :)


Bismillah,eh hai :)

Entry third post disebalik makna 'boleh lagi' tu...adalah..jengjenggjenggkejejeng
EH BOLEH LAGI LOG IN BLOG NI RUPANYAAA lolol

Dah setahun lebih,baru pahana terniat nak try and error cuba masuk ke blog ini dan berjaya jugek,nampak tak pemalas nak amik kisah dan update blog tuu.. pahana rajin study je eh

Last update February 2015,sekarang dah October 2016 y'alls kekeke ~

Dan dalam tempoh setahun lebih ni lah Alhamdulillah syukur panjang umur.banyak benda yang jadi dalam hidup aku,hadir sebagai kenangan terindah dan juga sebagai pengajaran terpahit.

Kenangan dan pengajaran itu mematangkan aku sesungguhnya,dari pelbagai sudut kehidupan.

Dari perihal study,family,kawan kawan sampai lah ke bab hati dalam hal peribadi,kadang aku/kita lupa yang selalunya ada Dia,Allah yang takpernah meninggalkan hambaNya walau acapkali hamba yg hina dan lalai spt ya siapa siapa saja sering melupakan,memuji,memuja selayaknya Maha Kuasa.

Pergantungan dan pengharapan perlu sepenuhnya,bukan separa.

Ketawa,menangis terduduk,meroyan,esoknya ketawa ceria bangkit semula,itu babak.

Dalam hidup perlukan babak babak itu,baru hidup berwarna.Bukan semata putih sahaja.

Everyone is a life survivor.Everyone have their own battles/struggles
                         consistently barely strongly beautifully to keep survive.
In the future and in a lifetime.Have faith.Everything gonna turn out well.
Baru setahun,banyak lagi bilangan tahun mendatang kalau panjang umur diizinkan Tuhan

Banyak juga kenangan indah,pengajaran manis pahit akan tercoret dalam diari hidup aku.

  Dunia tempat berpenat,sana tempat berehat seabadinya pengrehatan :')

'Allah SWT dah janji tak akan sesekali menguji di luar kemampuan hambaNya'

Manis sungguh janji Allah,dan dengan janji itu aku terus berpegang.

"Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu dari dirimu,
  kecuali kerana Dia hendak menggantikan dengan yang lebih baik untukmu'
   Mak selalu nasihat..''Dah usaha,mesti Allah bagi.Kalau mungkin bukan pada keputusan yg diinginkan,Allah nilai usaha gigih sepanjang perjalanan dalam menuai benih''

Usaha,tawakkal dan tak putus berdoa.Dia tahu yang terbaik.Kita redha dan serahkan.

      Rezeki,jodoh,ajal semua rahsia Tuhan,siapa kita hendak menidakkan.

Kalau sudah sampai takdir masa,tak cepat atau lewat sesaat pun.Maha Kuasa Allah.

      Dan kerana itulah,walau dirundung kecewa,jangan pernah berputus asa.

Semoga terus berazam cekal tabah mengejar impian dunia, juga kehidupan abadi akhirat sana.

'' Okay? " tanya hati.
*pejam mata* *tarik nafas* *celik mata* *hembus nafas* *zikir&selawat*

 Senyum manis manis,dan semoga tenang penuh aura positif.

"Okay..." Allah sentiasa bersamaku,bisik balik pada hati.
 Moga kita semua tergolong dalam golongan ahli syurga,Amiin Ya Rabb.