Wednesday 28 September 2022

 


                                    --  Penghujung 2021 -- Mmg azam posting setahun sekali ke? >.<



Gambar santai kayuh pagi bersama deruan ombak dan hembusan angin mesra ketika percutian misi habiskan AL w Highschool BFF di Penarik, Terengganu



AAAAAAAAAAAAAAAA----- HELLO THERE ! HELLO ME ~~


Pejam celik dah penghujung 2021, third year living with covid and me turning 27 y/o in a month..

road to 30s but still figuring out WHAT I WANT and LIFE PURPOSE everyday

Life is ok Alhamdulillah so far cuma sekarang isu covid updatenya tgh rancak booster ke3, banjir teruk di KL, Shah Alam dan juga neg timur as usual hujung tahun

Dan sepanjang krisis ini, till harini saat menaip 21/12/21, ahli keluarga kecil masih sihat dan cukup tanpa kehilangan nyawa akibat covid durjana ini.. Alhamdulillah

Sempat bercuti bersama ke Langkawi November lalu, permintaan mak yang nak sangat pergi Langkawi.. kesihatan dia mengizinkan kaki dan lutut ok jadi Alhamdulillah berjaya tunaikan lengkap semua fam members 3d2n, jalan2 dan mkn2..nightmare yo naik boat balik dari mangrove tour pakej yg meols amik hehe ombak kuat sampai semua ngucap taubat 

Cuaca sedikit hujan lah dan agak tak berapa best juga mood nak jalan2 kt Chenang Walk pagi dan malam but still redah jua, mak shopping sakan..aku dapat me time dgn Farina n Muaz after a year esp pompuan tu sbb terpisah dek gaduh mulut manjah dan jugak covid 1 year takleh rentas negeri SOP kerajaan till fully vaccinated. Dan saya lah paling lambert sekali in family #AZClan ..Conclusion mini reunion w fam berjaya before proceed dengan majlis tunang Adik pd 12/12/21 yang lalu.


Tahun ni ajar aku banyak benda. Betapa lemahnya manusia.. Betapa rapuhnya nyawa.. 

and betapa gemuknya FARHANA kbai baru post on sept 29 HAHAHAHH

Lama nau dok dalam draft 

Wednesday 8 April 2020

Salam Nisfu Syaaban 1441H



Assalamualaikum HI HI HI pada diri sendiri jangan pasan hg takdak seketui follower pun ---

Allah Allah Allah..

dah berhabuk blog sis, dan sis terlupa akceli pernah yaa sis mewujudkan blog ini sbenaqnya..

Sis sengaja singgah sini try sign in berjaya masuk ke blog sesawang labah ini dengan sekenyit mata klik ja haaaaa, so terus rasa nak menaip karangan respon terbukak ku tulis dari diari hati gitchew--

and plan nak sambung je merapu tulis sini biar nanti future husband and future children and future grandchilren also can know apa jenis woman yang mereka terpaksa deal dalam kehidupan depa,

bagaimana hari2 ketika jaman mudanya--a sneak peak-- walopun skrg jaman IG dan Twit eh sukahati  I lah nak lepak sini gak haih --

last post 2016 now 2020 phew hello pahana natasha in the 4 years ago di once upon a time.

Tahniah, awak berjaya grad dengan jayanya di timing yang betul ALAAAA  yang  
'awak risau tak dapat grad on time tu' sebab FYP kena reject dgn prof sangkut chapter 5 tuu, nangis 3 hari 2 malam tu -- ingat takkkk  dan ---

Tahniah juga, awak dah ada kerjaya sendiri tak perlu lagi bermanja2 dengan ayah untuk mintak duit poket yaa --- bayar la P-T sampai ke tua dan komitmen2 lain juga ada hihihi 


so punny -,-- cita dia terjumpa balik blog ini lepas saja godek incek GOOGLE tentang apa benda lagi yang memalukan sis ada ter-- pernah buat di tenet ini, sebab tengah pikir nak cari hobi baru yang boleh membawak kepada kemasyuran dunia ehhhhhh  


  BERANGAN NAK ADA CHANNEL SENDIRI NAK JADI ASMR--TIST  KEKEKEKEKEKKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKE BERANGAN JE DULU

Sis usai solat Maghrib dan bacaan Surah Yasin di malam Nisfu Syaaban yang mulia ini, Alhamdulillah berkesempatan panjang umur lagi untuk menyambut, sis duduk atas sejadah sambil renung bucu bilik kenangkan dosa dosa lalu ...---pastu ---- 

sambil kenang sambil tadah tangan mohon ampun dari Allah Yang Maha Baik Maha Pengampun 
lepastu KAN sis berbaring, then capai HP video Call mak meraung weh tak dapat balik kampung sempena PKP dah dua fasa since 18 March till now April 2020 sebabkan natang Covid19.





Doa sis selalu,


Semoga wabak Covid19 cepat menghilang seperti awak yg saya mula sayang tiba tiba hilang

dan semoga Allah SWT menurunkan penawar kepada kita semua, ujian kasih sayang ini pasti ada hikmah terbaik di sebalik kejadian yang diizinkan Dia. 

Bersangka baik selalu. Banyakkan berdoa untuk sesama kita.
 Doa yang sungguh-sungguh. Doa yang rintih-rintih.

  Have faith. 


Amiin Ya Rabbal 'Alamin.


Salam sayang buat keluarga di kampung, rakan2 yang sentiasa sokong dan awak2 yang bakal saya kenali di masa hadapan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Tuhan. 

dan semoga dalam rindu yang tak pernah putus ini, kita disempatkan bertemu Ramadhan. 

Stay Safe, Stay Home and Take care. Loves And Hugz 

(Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.

( Ad Duhha: Ayat 2 hingga 5)


--3.39AM--








Friday 11 November 2016

Sabar,Redha,Alhamdulillah :)


Sabar,Redha,Alhamdulillah






Sabr I've learned is not just waiting.One's attitude matters in practicing beautiful patience.Expecting a reward while practicing sabr isn't true sabr. Sabr without effort isn't true sabr.Thats why we always pair sabr (patience) with usaha (effort) and slowly we practice tawakkal,which is to realize that it is beyond our capacity to go against what Allah has planned for us and to practice trust and faith with all with your/our hearts after doing the best that we can.

Redha is our ultimate goal. To be in a a state of redha is to be in peace with ourselves internally and that is the hardest test for us all.Serius susah nak redha dengan seikhlasnya tanpa kita terus dok persoalkan why why why it happened I should avoid or ignore it sambil mengeluh panjang dan ianya takkan merubah apa apa mendapun but what matters isszz it already happened.Masa tak boleh diputarkan balik even you are a magician obses dengan cerita fiksyen lol tak sampai tapi harap sampai maksud.The point is,stop questioning yrself,be so hard on yrself and accept it wholeheartedly.

Learn the lessons,life goes on.Bila dah capai tahap ikhlas yang sebenarnya,memang rasa nikmat indahnya redha tu.Kita redha dengan agenda/kejadian/peristiwa yg Allah izinkan menjadi takdir dalam hidup kita.Alhamdulillah,with the grace and compassion of Allah.

InshaaAllah aku dalam (I am in) the state of redha.


''So what? You going to just give up?'' "Habis tu,hang dah takmau buat apa apa dah ka?''


Bukan takmau buat apa,apa tapi setelah kita dah niat berazam dan dahpun berusaha yg bersungguh sungguh punya,sabar lah..tawakkal lah..redha lah..

Dalam semua benda pun,serius rasa lega sebab kita tau cara kita membuktikan keimanan kepada Allah lepas put in all those efforts and push it to the limits,kita beserah.


Jadi tak kecewa melampau-lampau.
Kalau bukan ditakdirkan apa yang kita nak atau mahukan,Dia akan gantikan dgn lebih baik,

Yakinlah,percayalah pahana natasha dan kawan kawannya yang membaca ini


Sebab Allah tahu setiap apa yang kita kerjakan.Dia dengar,nampak dan sentiasa tentukan yang terbaik untuk setiap hamba yg tahu erti tak putus asa dengan berdoa,serah bulat bulat pengharapan dengan izin Allah InshaAllah.


Aku tulis ni sebab aku tau aku bukan berseorangan,tiap org ada struggles tersendirik.

Whether you are struggling to finish your degree,get a good job,achieve your life goals,wishing to have a good partner,want to have few cute babies,thinking of how to grow them up or wishing for life just going well in the future well yeaah afterall in this dunia,we are heading to the same place jugak akhirnya.


Redha is not giving up untuk nota kaki. Itu maksudnya kita berharap hanya pada Allah.
Bulat-bulat.
Setelah penat lelah berusaha.

Cakap kat diri sendiri selalu mcm ni ;

Instead tell yrself that you are striving for beautiful patience.Tell yourself  that it's perfectly human to swing back and forth with your imaan and it's OKAY to feel sad sometimes because hey hello hoomann,sadness is a gift from Allah to bring us back close to him.

That He yearns to hear you call His name,That He loves you waking up every single night for tahajjud crying on your sejadah to Him.

 That He is actually testing you because that is the only way to bring you back to Him.

Because He chose you to go through this test so your level of imaan increases.

You are the chosen one.You are the special one.

Ada hikmah.Ada hikmah.Ada hikmah.

And because redha doesn't mean that you don't have hopes and dreams because isn't Allah ultimately the best of all Givers ?

Walau genggamannya kuat,
tapi bukan milik kita,
akan terlepas jua.

Tak ada yang lebih baik,
tak ada yang lebih cantik,
beroleh keredhaan-NYA

Allah tentukan apa,siapa ada dalam hidup kita,arah perjalanan hidup kita.

Have faith.

Semoga kita semua jadi hamba yang tawadhuk,tawakkal dan sentiasa redha dengan apa saja

Amiin Ya Rabbal'Alamin

Sabar,Redha dan selalu ucap Alhamdulillah :)






Tuesday 8 November 2016

Bajirao Mastani



Hai Assalamualaikum :)


Kali ni pahana just saja rasa nak share review epic filem hindi year 2015 yg agak terbaru bertemakan 'love-war warrior'  directed by Sanjay Leela Bhansali bejaya mencuri perhatian pahana sebab storyline dia yg agak wow elemen perjuangan dan kekuatan cinta dan strategi perang hebatnya dan pengajarannya juaaa dan runut lagunya yg best dan teknik cinematography yg di tahap mengujakanlah jugak.

  dan of courselah fav heroins hero yang wow cantik handsome jugak wowww k


So here it is,the poster and trailer bg penchenta filem hindi lah yang tak suka 

diam pi main jauh jauh.



Sinopsis Bajirao Mastani (2015)

Film "Bajirao Mastani" menceritakan tentang kisah cinta dari antara Perdana Menteri dari kerajaan Maratha,Mereka yaitu Bajirao (Ranveer Singh) dengan isteri keduanya, Mastani (Deepika Padukone). Mastani merupakan seorang wanita yang cantik,dia juga ikut berperang sebagai ksatria yang dipimpin oleh suaminya. Kelebihan yang dimiliki oleh Mastani membuat Bajirao turut merasakan cinta berlebihan pada isteri keduanya sekaligus menimbulkan rasa iri pada isteri pertamanya, Kashibai (Priyanka Chopra).


Dalam Film Bajirao Mastani 2015 ini juga akan meperihatkan bagaimana hubungan cinta segitiga demi mendapatkan kasih sayang lebih si suami iaitu antara Mastani (Deepika Padukone) dengan Kashibai (Priyanka Chopra) yang merupakan isteri pertama.

Ok sinopsis atas tu aku copy paste ja gais dari review article berkaitan.

Malas nak cerita sinopsis dia,korang hampa tengoklah trailer and filem terus.






Cuma aku tertarik dengan jalan cerita hero watak utama Ketua Kerajaan sebuah negara yang sudahpun beristeri happened to be jatuh cinta pada seorang wanita yg turut sama berperang di medan perang dan telahpun menjadi isteri kedua dia secara diam diam dan akhirnya ketahuan dek rakyat jelata.

  Perkahwinan mendapat tentangan.tak dapat restu sebab dlm sistem kesultanan depa ni,isteri kedua Bajirao iaitu Mastani tak dapat status isteri& hak sama rata sama mcm isteri pertama,Kashi.Cuma digelar perempuan simpanan,memalukan keturunan acahnya sebab berbeza adat,darjat dan agama.

  Sepanjang filem ini,aku asyik mempersoalkan kekuatan cinta Bajirao kepada Kashi,Bajirao kepada Mastani dan Mastani kepada Bajirao dan ketiga-tiganya.The key point is,tentang kekuatan cinta.Tahap mana kuat cinta dan pengakhiran pengorbanan cinta.

       Kalau dengan orang yang betul cintakan kita,baloi berkorban. If hes/shes the one.
                  Kalau sebaliknya,tidak langsung.Berbaktilah kpd agama,bangsa dan negara.

LOL

   Sampai aku keliru,mana satu sebenarnya kisah cinta yang sejati he he he acahnya konpius.


Kekuatan cinta itu subjektif,mungkin dari segi susah senang hidup bersama ataupun sanggup sehidup semati bersama.Keadilan dalam cinta pun subjektif.Nak adil mcm mana ke tidok adil je.

 Terpulang pada seseorang mendefinisikan mcmmana.Persepsi berbeza,makna cinta tetap sama.

  Tapi tu lah,cuma nak pesan kat bakal suami aku,kalaulah dia macam Bajirao tetiba jatuh cinta kat perempuan mana-mana terjumpak ka,balik mai habaq niat nak tambah satu lagi kuota.

  Aku bisik kat dia "boleh bang,abang kahwin lah tiga teruih takpa bg cukup ngam kuota tak gaduh dah'' sambil letak pisau kat leher dia    he he he gurau jea benda boleh bawak bincang






             After shoot film ni,Deepu&Ranveer jadi couple and bercinta in real life.Cinta lokasi.



                                             Everythings is fair in love and war gitu mak


  Oh lupa nak bgtau fakta filem ;

  Filem Bajirao Mastani ni menang banyak  award festival Filmfare Award,IIFA Award,Zee Cine Award,National Film Award,Screen Award,Guild Award,Asian Film Award for ;

Best Direction (Sanjay Leela Bhansali),Best Actor (Ranveer Sighh),Best Actress (Deepika Padukone),Best Supporting Actress (Priyanka Chopra),Best Background Score (Sanchit Balhara),Best Visual Effects (Prasad Sutar),Best Cinematography (Sudeep Chatterjee),Best Choreography (Remo D'souza),Best Action (Sham Khaushal),Best Costume Design (Anju Modi,Maxima Basu) & Best Film.




Jadi tengoklah filem Bajirao Mastani ni kalau berkesempatan,pahana cadangkan.

Yang tak suka dan minat cerita hindustan,mmg tak feel la,diam sana,pi main jauh jauh.






     Nah belanja satu lagu dalam filem Bajirao Mastani yang gue takleh nak move on sebab dress Mastani lawa nak matiii omaigerds.







Deewani Mastani


Happy watching,tata =,=

Friday 28 October 2016

boleh lagi :)


Bismillah,eh hai :)

Entry third post disebalik makna 'boleh lagi' tu...adalah..jengjenggjenggkejejeng
EH BOLEH LAGI LOG IN BLOG NI RUPANYAAA lolol

Dah setahun lebih,baru pahana terniat nak try and error cuba masuk ke blog ini dan berjaya jugek,nampak tak pemalas nak amik kisah dan update blog tuu.. pahana rajin study je eh

Last update February 2015,sekarang dah October 2016 y'alls kekeke ~

Dan dalam tempoh setahun lebih ni lah Alhamdulillah syukur panjang umur.banyak benda yang jadi dalam hidup aku,hadir sebagai kenangan terindah dan juga sebagai pengajaran terpahit.

Kenangan dan pengajaran itu mematangkan aku sesungguhnya,dari pelbagai sudut kehidupan.

Dari perihal study,family,kawan kawan sampai lah ke bab hati dalam hal peribadi,kadang aku/kita lupa yang selalunya ada Dia,Allah yang takpernah meninggalkan hambaNya walau acapkali hamba yg hina dan lalai spt ya siapa siapa saja sering melupakan,memuji,memuja selayaknya Maha Kuasa.

Pergantungan dan pengharapan perlu sepenuhnya,bukan separa.

Ketawa,menangis terduduk,meroyan,esoknya ketawa ceria bangkit semula,itu babak.

Dalam hidup perlukan babak babak itu,baru hidup berwarna.Bukan semata putih sahaja.

Everyone is a life survivor.Everyone have their own battles/struggles
                         consistently barely strongly beautifully to keep survive.
In the future and in a lifetime.Have faith.Everything gonna turn out well.
Baru setahun,banyak lagi bilangan tahun mendatang kalau panjang umur diizinkan Tuhan

Banyak juga kenangan indah,pengajaran manis pahit akan tercoret dalam diari hidup aku.

  Dunia tempat berpenat,sana tempat berehat seabadinya pengrehatan :')

'Allah SWT dah janji tak akan sesekali menguji di luar kemampuan hambaNya'

Manis sungguh janji Allah,dan dengan janji itu aku terus berpegang.

"Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu dari dirimu,
  kecuali kerana Dia hendak menggantikan dengan yang lebih baik untukmu'
   Mak selalu nasihat..''Dah usaha,mesti Allah bagi.Kalau mungkin bukan pada keputusan yg diinginkan,Allah nilai usaha gigih sepanjang perjalanan dalam menuai benih''

Usaha,tawakkal dan tak putus berdoa.Dia tahu yang terbaik.Kita redha dan serahkan.

      Rezeki,jodoh,ajal semua rahsia Tuhan,siapa kita hendak menidakkan.

Kalau sudah sampai takdir masa,tak cepat atau lewat sesaat pun.Maha Kuasa Allah.

      Dan kerana itulah,walau dirundung kecewa,jangan pernah berputus asa.

Semoga terus berazam cekal tabah mengejar impian dunia, juga kehidupan abadi akhirat sana.

'' Okay? " tanya hati.
*pejam mata* *tarik nafas* *celik mata* *hembus nafas* *zikir&selawat*

 Senyum manis manis,dan semoga tenang penuh aura positif.

"Okay..." Allah sentiasa bersamaku,bisik balik pada hati.
 Moga kita semua tergolong dalam golongan ahli syurga,Amiin Ya Rabb.





Tuesday 24 February 2015

kesayangan :)

Hai As salam :)

Jadual sem 2 ni sangatlah relax.Tiap hari ada satu dua kelas ja.Cuma isnin lah pack.Sangat pack.Sangaaaaat smp rasa mcm nak pengsan.Eh over lak hihihi. Tapi betullah,8pg-4ptg kot.nonstopppppedd. Nak solat Zohor lepas ni kena mintak excuse kat Prof. rearamai eh..
keluar awai sikit. get ready and rushing for next class.sabo jalah.nak tuntut ilmu kan.
*ketua kuliah take note !

Balik bilik tegulin penat.

Siapa suruh jalan kaki ? Bas ada..Awat tak naik bas. Tanya mereka.
eh suka hatilah.kaki saya bukan awak..hihiiiii

Jalan kaki menyihatkan jantung.Sambil dapat bermuhasabah diri.Tengok pokok2 hijau bertadabbur menikmati pemandangan,kebesaran alam kejadian Tuhan.Tenang lah. Aku rasa tenang.
Syukur utk nikmat penglihatan dan kesihatan.Alhamdulillah.

Hari selasa jadual paling ohsem.8pg-10pg ja kuliah. subjek ekonomi..then,free sepanjang hari.tapi terlalu banyak masa lapang boleh melemahkan.hahaa,okay nanti study eh time masa lapang farhana ? Okayy :*

Jumaat paling mengancam,takada kelas langsuuung. Heaven.
Barakah penghulu hari.  :D

Back to entry.
Kesayangan.

 Apa makna kesayangan bagi awak ?
Bagi aku,kesayangan itu maknanya buah hati.
Kita sayang kat seseorang sampaikan rasa dia sentiasa berbuah2 di dalam hati.Tiap masa. Kan.
Hati selalu merindu di minda pulak sentiasa teringat terkenang.Dekat seseorang.
Maknanya awak sayang dia jadi dia itulah makna kesayangan bg awak ? Kan kan kan.

Ke awak ada definisi lain ? Lebih kurang la kan maknanya tolak pi tolak mai.

Okay meh nak introduce kesayangan kami kat hampa.Selain dr makayah adik di rumah.

Kiri Ermelia Safitri,i called her ACIK..Kanan Annazatul Zaimah, i called her UCU.

Azween Azlan,i called her angah.

And they called me Along.Haha Kaklong kepada depa-depa ni la kononnya sebab paling tua lahir bulan satu.JANUARI 1995.Ish tak tua manapun sama umur saja.20y/old= 2015.MUDA LAGI OKAY.Hmm mereka inilah kesayangan saya. yang selalu saya rindu yang selalu saya teringat terigau igau dalam mimpi khayalan dan tika dunia nyata..hihii.Along angah ucu acik bagaiII ni kami lain mak lain ayah okay.Cuma rapat sangat mcm adik beradik.Sayang dia mcm sayang kat family sendiri.Jadi tergelar lah begitu.They are my unbiological sisters.And i loved them soo much.Kami mula rapat sejak di SAINA bilamana kami diisytiharkan oleh jurulatih pembahas sekolah yakni cikgu Rashid bahawasanya telah berjaya join team untuk mewakili sekolah ke HKSBP.


Dari situlah persahabatan yang In shaa Allah sampai ke syurga ini terjalin.Susah senang sama sama belajar dan training setiap petang di makmal bahasa.Dengan harapan dapat membawa pulang kembali PPM,harapan tinggal harapan. *nangis*Tapi kenangan itu yg sangat berharga.Sampai skrg terindu rindu.Rindu nak berdebat sama lah hihiii berhujah itu ini.Stress air mata lawan maki itu perkara biasa.Kami makin rapat,tournament by tournament.Hati dah jadi satu.Cuma jasad lain-lain.

Sesi latihan.Mock-debate acah acah.Time prep malam.HAHAA rinduu.gelak yang banyak.

Nak dijadikan cerita,berlatihnya siang malam tp tak menang.Tak ada rezeki.Allah tak takdirkan untuk menang.Sampailah one day tetiba Cikgu Rashid buat announce kata team iolss ni terpilih utk ke International Debating Championship IIUM 2012.Terkejut katak mati di tengah jalan. IDC ni open-debate championship di mana semua jenis sekolah dalam SATU MALAYSIA tercinta ini boleh menyertainya.Cuaklah kitaorg.Lagipun sbb dah nak SPM so mmg taknak join.Study kelaut China Selatan Addmaths nyawa-nyawa ikan.Haha pantun dua kerat sikit.

Semua berat hati.Then ucu yakinkan team ajak join jugak.Demi cikgu yang berjasa dan kerana sayang akan nama sekolah yakni SAINA.Sayang ke ? EH
Kitaorg pun join.

Mock-debate show oleh pendebat hebat IIUM.Kak Sabila Abg Jasmi were there.Bangga.

Sidang punya sidang.Satu hari 4 sidang.Sampai tak nyempat nak bukak coat rest.Fuh.Sangat mencabar emosi tekanan fizikal dan mental di puncak tertinggi.Tapi stay cool.Relax saja.Bagi usul cari pihak lawan,prepare dlm setengah jam then bersidang.Alhamdulillah team berjaya mara dalam saringan awal.Tapi kecundang isu PBB time octo-final. Sedih. Perjuangan karier debat kami berakhir di situ sahaja.Tapi kenangan dan pengalaman itu.Itu yang sangat berharga.Tak tergambar.

Untungnya kenal ramai kawan baru..Dan dapat ramai pakwe *bajet weh bajet



Muka serius.Angah wins.Ish gemuk.

Team dgn adik adik MCKK. Kakak sangat.
Adik2 STAR.Kalah dgn diorg ni lah Isu PBB.Hebat sangat berhujah.

Kak Zaza trainer setia.Banyak jasa kak zaza kat team..Kuat membebel comel2.
Bagi nasihat.Hihi
mmuah kak zaza :*


Ucu dengan adik adik SASER.

Barisan alumni saina seniors yang sangat hebat dan mantap.
Pendebat terkenal uni dengan cara yg tersendiri.Bangga.


Begitu saja lah.Saya sangat sayang mereka ini. Sayang sangat.Sayang sangat.Sayang sangat.

Demi Allah SWT.





Please kekal sihat girlfriends.
Jaga diri.
Stay yourself,please please please.
Jangan pernah berubah.

Don't leave.
Just.like.what.they.did.to.me.

I love you alls so much.So much.

Dear ucu,acik,angah.
 Moga kalian bebaik saja dalam jagaan Allah.dan,
Moga persahabatan ini kekal sampai ke syurga.In shaa Allah.


Loves,Along,Farhanah Natasha  :)






Monday 23 February 2015

Bismillah :)

Hi,Assalamualaikum holla holla cikebum cikebum.

okay,my first post as a -blogger- ? Grrrrrrrr



sebenarnya dah lama tingin nak buat blog,sebab suka taip ngarang lah lebih kurang..merapu2.

tapi,dulu tak tahu cara. nak tanya orang malu.

kena ada emel dulu eh. hihihi noob dulu,alat teknologi tak banyak.banyak tp diri sendiiri takdak. 

dulu emel puntak reti guna.mesej sajo call sajo guna henpon nokia kupang2 tu.

sekarang dah jadi university student,kena lah ada emel kannn.semua boleh mainn gugel saja.

semua mula berubah,zaman makin maju.dunia di hujung jari. *tengok hujung jari*

emel dah ada.tidak acane nak submit assigments online.hihi

untuk suka suki sahaja.. awak pun bukan kisah

okayy.so hi duniaaaa blog and bloggers ?

hari ini jugak first day aku untuk sem 2 tahun pertama pengajian..target VC. boleh,*fighting*

Doa,usaha,tawakal. In shaa Allah,rajin sentiasa eh farhana ?! Doakan ? Tkasih :D

Bismillah :)