Tuesday, 8 November 2016

Bajirao Mastani



Hai Assalamualaikum :)


Kali ni pahana just saja rasa nak share review epic filem hindi year 2015 yg agak terbaru bertemakan 'love-war warrior'  directed by Sanjay Leela Bhansali bejaya mencuri perhatian pahana sebab storyline dia yg agak wow elemen perjuangan dan kekuatan cinta dan strategi perang hebatnya dan pengajarannya juaaa dan runut lagunya yg best dan teknik cinematography yg di tahap mengujakanlah jugak.

  dan of courselah fav heroins hero yang wow cantik handsome jugak wowww k


So here it is,the poster and trailer bg penchenta filem hindi lah yang tak suka 

diam pi main jauh jauh.



Sinopsis Bajirao Mastani (2015)

Film "Bajirao Mastani" menceritakan tentang kisah cinta dari antara Perdana Menteri dari kerajaan Maratha,Mereka yaitu Bajirao (Ranveer Singh) dengan isteri keduanya, Mastani (Deepika Padukone). Mastani merupakan seorang wanita yang cantik,dia juga ikut berperang sebagai ksatria yang dipimpin oleh suaminya. Kelebihan yang dimiliki oleh Mastani membuat Bajirao turut merasakan cinta berlebihan pada isteri keduanya sekaligus menimbulkan rasa iri pada isteri pertamanya, Kashibai (Priyanka Chopra).


Dalam Film Bajirao Mastani 2015 ini juga akan meperihatkan bagaimana hubungan cinta segitiga demi mendapatkan kasih sayang lebih si suami iaitu antara Mastani (Deepika Padukone) dengan Kashibai (Priyanka Chopra) yang merupakan isteri pertama.

Ok sinopsis atas tu aku copy paste ja gais dari review article berkaitan.

Malas nak cerita sinopsis dia,korang hampa tengoklah trailer and filem terus.






Cuma aku tertarik dengan jalan cerita hero watak utama Ketua Kerajaan sebuah negara yang sudahpun beristeri happened to be jatuh cinta pada seorang wanita yg turut sama berperang di medan perang dan telahpun menjadi isteri kedua dia secara diam diam dan akhirnya ketahuan dek rakyat jelata.

  Perkahwinan mendapat tentangan.tak dapat restu sebab dlm sistem kesultanan depa ni,isteri kedua Bajirao iaitu Mastani tak dapat status isteri& hak sama rata sama mcm isteri pertama,Kashi.Cuma digelar perempuan simpanan,memalukan keturunan acahnya sebab berbeza adat,darjat dan agama.

  Sepanjang filem ini,aku asyik mempersoalkan kekuatan cinta Bajirao kepada Kashi,Bajirao kepada Mastani dan Mastani kepada Bajirao dan ketiga-tiganya.The key point is,tentang kekuatan cinta.Tahap mana kuat cinta dan pengakhiran pengorbanan cinta.

       Kalau dengan orang yang betul cintakan kita,baloi berkorban. If hes/shes the one.
                  Kalau sebaliknya,tidak langsung.Berbaktilah kpd agama,bangsa dan negara.

LOL

   Sampai aku keliru,mana satu sebenarnya kisah cinta yang sejati he he he acahnya konpius.


Kekuatan cinta itu subjektif,mungkin dari segi susah senang hidup bersama ataupun sanggup sehidup semati bersama.Keadilan dalam cinta pun subjektif.Nak adil mcm mana ke tidok adil je.

 Terpulang pada seseorang mendefinisikan mcmmana.Persepsi berbeza,makna cinta tetap sama.

  Tapi tu lah,cuma nak pesan kat bakal suami aku,kalaulah dia macam Bajirao tetiba jatuh cinta kat perempuan mana-mana terjumpak ka,balik mai habaq niat nak tambah satu lagi kuota.

  Aku bisik kat dia "boleh bang,abang kahwin lah tiga teruih takpa bg cukup ngam kuota tak gaduh dah'' sambil letak pisau kat leher dia    he he he gurau jea benda boleh bawak bincang






             After shoot film ni,Deepu&Ranveer jadi couple and bercinta in real life.Cinta lokasi.



                                             Everythings is fair in love and war gitu mak


  Oh lupa nak bgtau fakta filem ;

  Filem Bajirao Mastani ni menang banyak  award festival Filmfare Award,IIFA Award,Zee Cine Award,National Film Award,Screen Award,Guild Award,Asian Film Award for ;

Best Direction (Sanjay Leela Bhansali),Best Actor (Ranveer Sighh),Best Actress (Deepika Padukone),Best Supporting Actress (Priyanka Chopra),Best Background Score (Sanchit Balhara),Best Visual Effects (Prasad Sutar),Best Cinematography (Sudeep Chatterjee),Best Choreography (Remo D'souza),Best Action (Sham Khaushal),Best Costume Design (Anju Modi,Maxima Basu) & Best Film.




Jadi tengoklah filem Bajirao Mastani ni kalau berkesempatan,pahana cadangkan.

Yang tak suka dan minat cerita hindustan,mmg tak feel la,diam sana,pi main jauh jauh.






     Nah belanja satu lagu dalam filem Bajirao Mastani yang gue takleh nak move on sebab dress Mastani lawa nak matiii omaigerds.







Deewani Mastani


Happy watching,tata =,=

No comments:

Post a Comment